Saturday, March 12, 2016

Minah Rempit Again

As usual, bila mereka nampak aku tungang motor, mula la gelaran tasha rempit. aduh, kelakar sungguh,

tak ada niat pun nak hurung motor sana sini kecuali ada urusan tersendiri.
tak ada niat pun nak pergi jelajah gombak tu naik motor sorang2 kecuali terpaksa, (35 minit je kut dari PJ) serius , best jugak naik motor. Lalu lebuhraya DUKE, jalan Duta , bawak laju2,

tak ada niat pun nak pergi Taman Medan malam2 kecuali haritu tak ada tempat dah nak tuju.
tak ada niat nak pergi SS1 naik motor  semata mata untuk ke masjid nya dengan urusan.
tak ada niat pun nak delivery 20 pax nasi bawa dengan motor sekali gus.. ( malu sungguh time tu, terpaksa tebalkan muka je)

satu je niat aku bila ada motor, setiap ari ahad dapat tolong mama berniaga di tapak bazarena shah alam.( sebab itu je yang aku rasa dapat meluangkan waktu dengan mama walaupun singkat! Nampaklah  usaha aku sikit nak seimbangkan masa kolej dengan family)

semua tu bila imbau kembali rasa kelakar.  Dan aku memang perlukan Waze kerana aku risau jugak sesat. Al maklumlah aku sering lupa jalan balik.. hehe.


dan aku tahu jugak mama, along( empunya motor) , roomates, kawan2 risaukan aku kan?
sayang jugak korang pada aku.  :')

#moga lepas ini aku dapat luaskan kawasan jajahan dengan  motor skuter yang comel tu..


No comments:

Post a Comment